Catatan Popular

Rabu, 25 Mei 2011

SERIBU KEMAAFAN KU POHON

Assalamualaikum teman-teman dan kawan-kawan sekalian.. 


Dengar sini penduduk kampung sekalian.. saya ada satu pengumuman penting..kampung kita akan dilanda banjir..(HOIIKKK!!!.. apa yang cek dok merepek nie..melalut apa nie)..maap ya kawan-kawan tersilap tulis plak.. hehehehehe... sebenaqnya cheq nak habaq pasal lain.. (Dah tetiba cakap Utara la plak..tau la x sabar nak balik raya kat kampung..hikhikhik)....

Yang sebenar-benarnya Cik Ana nak mintak maap kat teman-teman dan kawan-kawan sekalian kerana dah lama x update blog nie..(Skema la pulok..) Al-maklum la Cik Ana tinggal jauh nnnuuuuuuuuuuuuuuuunnnnnnnnnnnnn jauh (nak bgtau betapa jauhnya).. di ulu tau iaitu di Hulu Langat.. yang ada banyak bukit tuuu.. klu x tau sila tengok peta ye..hihihihhhihi.. jadi x boleh la update sebab xda internet.. da macam-macam broadband Cik Ana guna..tapi sume x dapat.. cuma satu je lagi jenama yang Cik Ana  x cuba lagi..nak tau x jenama ape?... jenama "BERUKBAND" ja yang Cik Ana x cuba..itu pun klu ada jenama 2..hihihhihi....

Bila da lama x update.. da macam-macam binatang beranak pinak dalam blog ni..( ye ker?...hihihhi).. udah ghupe macam zoo...hahahaha... da berkarat pon iya jugak... hikhikhikhik...Cik Ana pun sebenarnya baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan online nie.. sebab tu da tukar nama..hihihi... baru lagi nak bertatih.. jadi kawan-kawan sume bagi la sokongan yek... seribu kemaafan jua ku pohon kerana blog Cik Ana x da gambar.. bukan xnak letak gambar tapi xda gambar yan comel..(muahahahahahahaha.....) hihihihiihi...Cik Ana kurang amik gambar... sebab tu x banyak gambar dalam blig nie...

Insyaallah.. pada masa akan datang Cik Ana dengan sedaya upaya akan cuba memeriahkan blog nie..(Ewah..da macam nak ghaye yer..).. jadi sampai di sini dulu coretan Cik Ana.. Cik Ana harap kawan-kawan semua terhibur bila baca coretan nie..... ('',)  

Bye.. assalamualaikum...

JuMpA LaGi... 

Ahad, 13 Mac 2011

Kem Oh Kem......

Hai kawan-kawan...cihat dok?....harap-harap cihat le yer...hihiihihihhi...ari minggu yang lepas cik ana kena jadi fasi untuk program.. rasa puas sangat sebab da lama x join kan.. da macam gian plak.. hikhikhik... macam-macam perangai cik ana jumpa... kebanyakan peserta yang datang muka monyok ja bila sampai... paksarela kan..hahahaha...da macam cekodok cik ana tengok.. ada sorang budak nie cik ana tegur la dia (konon-konon nak tunjuk ramah ler kan.)... tapi dia boleh wat muka derkkkk jer... da macam cakap ngn tunggul cik ana ghase.. tapi sebagai seorang fasi yang baik..(--> baik kerk?....) cik ana cool jer tapi dalam ati hangin jew ghase... (dalam hati siap cakap...xpe-xpe siap la korang malam nie...muahahahahahaha)....

bila da selesai pendaftaran...abg-abg fasi wat la aktiviti sesi suai kenal antara dorang.. mula-mula kitorang suruh kaki dorang bertemu antara satu sama lain..pastu kitorang suruh berpeluk (yang laki ngn laki..yang pempuan ngn pempuan la...jangan pikir lain tau..).... bila dengar je suruh peluk, sume da macam ulat beluncas..geli katanya... mengekek-ngekek kitorang gelak.. ada yang cakap "kitorang peluk pakwe jew kak"... haih!!..budak-budak zaman sekarang...

aktiviti yang ci ana paling tunggu-tunggu ialah kembara malam..nama ja kembara malam tapi wat kat dalam kem jew...hahahaha..auta jew lebih.. budak-budak nie bila dengar jew nak kembara malam ketar lutut semua..yang x demam pun bleh nak demam...takut punya pasal...hikhikhik... sebelum dorang berjalan secara berkumpulan, mata dorang akan ditutup.. pastu dorang dibekalkan ngn barang "amanah" (biskut hup seng jew..wahahahaha)... sepanjang perjalanan dorang kena lah jaga barang "amanah" nie...jangan bagi pecah dan patah... yang cika ana paing suka kacau kumpulan pempuan... bila cik ana pegang tangan jew semua pakat-pakat jerit..yang x tahan ada yang takbir "Allahuakbar..Allahuakbar.." da rasa cam nak g perang jew.... yang nangis jangan cakap la... siap panggil mak lagi suh datang amik..nak balik... tergelak-gelak cik ana tengok...
bila dorang buka jew penutup mata.. tunjuk eksyen la plak..siap cakap"eleh, kat sini jew ke..ingatkan dalam hutan betul".. kat dalam kem pun da meraung-raung, nak suruh wat dalam hutan konon.... pape pon cik ana appy sangat sebab jiwa cik ana memang minat bidang nie...

maap la yer kawan-kawan xda gambar.. cik ana x sempat nak amik gambar... hihihihihihihihihihihihi...

*klu sudi jejemput la bagi komen yer.....

Jumaat, 11 Mac 2011

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Khamis, 10 Mac 2011

KHABAR DARI KAMPUNG...

pagi tadi tiba-tiba enpon mak berdering..ingatkan kawan adik yang kol..kawan dia pemanggil setia setiap pagi..hihihi...ke ulu ke hilir mak jalan sambil cakap kat tepon.. da macam orang bercinta plak kan.. pas2 tiba-tiba air muka mak berubah... nape mak diam jew..da pape ke?.(cakap kat dalam ati jela.)..lepas mak abis cakapkat tepon tanya la nape mak sedeh dan diam tadi.. pastu mak cakap sedara kat kampung baru meninggal pagi nie..(sedara la juga walau pun bau-bau bacang Innalillah.. sedey jugak sebab x dapat balik.. hanya mampu sedekahkan al-Fatihah kepadanya semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh..Amin...